Friday, 25 October 2013

Cadangan Set Pantang

DISCLAIMER

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum,

Kali ni saya nak kongsikan pengalaman ibu yang mengamalkan set berpantang Shaklee. Hasil pengambilan set berpantang yang konsisten, luka lebih cepat sembuh terutama bagi ibu ibu yang melalui proses pembedahan. Badan pon lebih cergas manakala berat badan yang mencanak-canak naik semasa hamil pon turun dengan mudahnya. 


 Atau


nilah cadangan supplemen Shaklee untuk berpantang. Ianya terdiri daripada B Complex, Vitamin C, Vitalea dan Zinc Complex dan ESP. 

Zinc
Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman. Ia juga membantu mengurangkan rambut gugur yang lazimnya dialami oleh ibu dalam pantang.

Vitamin C 500mg sustained release
Berfungsi memulihkan sel-sel badan. Kandungan Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen yang dikenali boleh menganjalkan kulit. Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan.

B complex
Sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon. Perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Memberi kesegaran kepada ibu, mengatasi kelesuan, membantu menukarkan karbohidat, protein dan lemak kepada tenaga. Kekurangan  B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.
Vitalea with Iron Formula
Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin. Ibu berpantang akan rasa lebih bertenaga dalam menguruskan anak, memberikan seri pada wajah si ibu yang pucat dan kurang berseri semasa dalam pantang. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

Selain itu, supplemen tambahan lain yang boleh diambil adalah Alfalfa, Energizing Soy Protein dan Calcium-Magnesium with Vitamin-D (Shaklee OsteMatrix) 
  • Alfalfa adalah medium pelawasan semulajadi kerana ianya kaya dengan fiber. Bukan sahaja membantu pembuangan yang lebih mudah malah ianya adalah sebagai galagtague iaitu sebagai penggalak susu. Secara tidak langsung boleh membantu penghasilan susu badan yang lebih lancar. 
  • Ostematrix pula adalah kalsium dan amat disyorkan untuk ibu-ibu yang mengambil suntikan epidural.
  • ESP merupakan protein yang amat penting untuk menggantikan sel-sel dalam tubuh badan. Ia juga sebagai "milk booster" yang menjadi pilihan ramai ibu. 




Nak rasai kehebatan set berpantang Shaklee? Seorang pelanggan pernah berkata, "Bestnya set Shaklee ni. Dari set hamil, set berpantang, set menyusu dan kesihatan umum, makan vitamin yang sama aje. Mudah dan tak perlu fikir-fikir". 

Itulah istimewanya Shaklee. Dengan setiap pembelian dari saya anda layak menerima hadiah istimewa percuma, jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB.:

Hawa
013-4076351
genius_hazu@yahoo.com

Set Kecantikan

DISCLAIMER

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Vitamin asas dalam set kecantikan Shaklee terdiri daripada:

Vitamin E

merupakan ejen antioksidan dan anti-penuaan yang hebat. Vitamin E ni memang terkenal sebagai vitamin awet muda tau.Ianya mampu memudarkan parut jerawat jika digunakan dengan konsisten. sifat antioksidaan dalam Vitamin E ni akan melawan radikal2 bebas yg menyebabkan masalah kusam, tompok2 hitam, jeragat dan pigmentasi, vitamin E juga berperanan utk melancarkan darah dan menjadikan muka fresh, glowing dan nmpk lebih cerah

B Complex

B is for Beauty. B Complex mengandungi melanin yang memberi kesan warna kepada kulit. Dalam set kecantikan Shaklee, B Complex bertujuan untuk memperbaiki struktur kulit dgn membuatkan sel darah merah yg lebih sihat yg menjadikan muka berseri2.

Vitamin C

Vitamin C membantu mengekalkan paras kolagen yang kritikal bagi wajah kita. Kekurangan paras kolagen mengakibatkan kulit wajah kita kelihatan tua. Vitamin C ni juga mengecutkan jerawat ye. 

Mungkin ada yang tanya, apa beza Vitamin C Chewable dengan yang lama iaitu Vitamin C 500mg? Well, firstly toksah cari vitamin C 500 mg di Malaysia sekarang ni, memang takde stok dah dekat setahun pon. Tapi kita ade Vitamin C Chewable yang hasilnya sama jek dengan yang lama, malah ade pengguna yang claim bahawa hasilnya lebih cepat. Mungkin sebab ianya boleh dikunyah jadi lebih mudah diserap tubuh. Nak lagi best, bukan sahaja dewasa boleh makan VItamin C Chewable ni, kanak-kanak pon boleh ambil. sedap jek dikunyah2.

Dan jika anda mahukan kesan yang lebih cepat, macam biasa, tambahkan saja ESP ke dalam set kecantikan Shaklee ni. Sel2 manusia terdiri dari protein dan ianya saling bertukar dalam tempoh 21 hari. ESP plak protein yang membentuk sel2 tadi. lepas sel-sel baru yang masih segar ni terbentuk, maka makin mudahlah kerja set asas kecantikan shaklee tadi nak kasi kulit kita cantik, glowing gitu sebab sel2 baru yang terhasil ni lebih berkualiti dan fresh. Tanpa bantuan protein, sel2 masih boleh terbentuk tetapi mengambil masa yang lebih lambat, jadi lambat jugalah kesannya.







 Jangan tunggu lama2...
hubungi segera 
Hawa 013-4076351

Testimoni

DISCLAIMER

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"








Sumber Kalsium Untuk Ibu Hamil

Sumber Kalsium Untuk Ibu Hamil
Pengamilan kalsium yang cukup penting untuk wanita hamil. ia penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat, jantung yang sihat dan penting untuk perkembangan otot dan saraf bayi. selain itu, kalsium juga membantu jantung berdenyut secara normal dan berfungsi membantu dalam keupayaan pembekuan darah.
Kalsium boleh diperolehi dari pelbagai sumber termasuk susu,  yogurt, keju, rumpai laut, badam, bijan, kekacang, tiram, bayam, gandum, brokoli dan lain-lain.  Kalsium adalah mineral yang paling  banyak dalam tubuh badan kita, akan tetapi juga merupakan satu daripada mineral yang paling berkemungkinan tidak dibekalkan dengan mencukupi dalam pemakanan manusia. untuk ibu hamil lebih kalsium diperlukan dalam pengambilan seharian berbanding individu biasa.


fakta kalsium dan ibu hamil

1. Kekurangan kalsium sewaktu hamil menyebabkan bayi menyerap kalsium dari tulang ibu. Ini akan menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil pada masa hadapan (berisiko osteoporosis) terutama bagi wanita yang sudah menopos.

2. Wanita berusia 18 tahun ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari (sebelum, semasa dan selepas bersalin). Wanita berusia 18 tahun ke bawah memerlukan sekurang-kurangnya 1300 mg sehari.

3. Ramai wanita hamil tidak mengambil jumlah kalsium yang mencukupi di sepanjang kehamilan mereka. Perlu diingat, wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali hidangan produk tenusu atau pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium pada setiap hari.

4. Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehinggalah bayi dilahirkan, semasa tempoh penyusuan dan sehinggalah bayi berhenti menyusu. 

Di Shaklee juga terdapat kalsium yang diberi nama OSTEMATRIX
 Istimewanya kalsium shaklee adalah kerana ia lengkap dengan magnesium dan vitamin D.

saya bagi analogi di sini untuk kita lebih faham tentang pentingnya pemilihan kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D.
kalsium = emas
tulang = umah
magnesium = lori yg bawak emas
vitamin d = kunci

analoginya:
ada sebekas emas perlu dihantar ke rumah dengan lori.. tapi rumah berkunci.. untuk buka rumah tu kita perlukan kunci rumah.. (^_^).. kalau tiada kunci, rumah tutup.. maka lori tu akan hantar emas yang ada tu pergi ke rumah lain yg terbuka..

dengan ostematrix
utk menghantar kalsium ke dalam tulang, kalsium perlukan magnesium.. dan utk membolehkan magnesium masuk anta kalsium, perlukan vitamin D utk membantu penyerapan

jika kalsium tidak dibantu oleh magnesium dan vitamin D, kalsium tidak dpt menyerap ke dalam tulang..kalsium tersebut  akan pergi ke buah pinggang, hati dll. selain itu, penyerapan yang tidak lengkap juga akan menyebabkan terjadinya pemendapan batu karang..

bertuahnya kita dpt kenal ostematrix shaklee.. dpt ambik kalsium yg betul dan dapat memainkan peranannya dalam membantu kita mendapatkan tulang yg sihat. dan kajian menunjukkan bahawa kalsium shaklee diserap sepenuhnya kedalam tubuh kita selepas 12 jam pengambilan.
 info dan testimoni:







Hubungi saya:
Hawa
0134076351

Selamat mencuba ostematrix yang mabeles...



Manfaat ESP

DISCLAIMER

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"




Manfaat ESP


1. awet muda – asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap dan konsisten adalah kunci kepada awet muda.

2. baik untuk hormon – kacang soya adalah satu2nya tumbuhan yang kaya dgn isoflavones. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah osteoporosis dan sakit jantung

3. baik untuk prostat – genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. ia membantu memusnahkan radikal bebas didalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

4. kulit remaja – merangsang pembentukan semula sel kulit dan otot, mengerangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepatkan sembuh luka dan mengurangkan kesan parut.

5. pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan  sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan

6. membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua

7. membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan




Hubungi saya sekarang untuk merasai sendiri manfaat ESP.
Hawa 
ID: 915471
0134076351

Pesakit Gout Boleh Amalkan ESP

DISCLAIMER

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Pesakit Gout Boleh Amalkan ESP

Penyakit gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut. 




Punca gout antaranya ialah:

1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari  
2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
3. Gemar makan buah-buahan jeruk
4. Gemar makan mee segera
5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
7. Gemar dan kerap minum teh kedai
 8. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang banyak.
9. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
10. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
11. Terlalu kerap makan makan kari
12. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
13. Kerap makan cendawan dan produk cendawan

14. Kerap mengambil ubat pain killer
15. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya
 

Lihat No.2, (yg saya highlightkan dengan warna merah) salah satu punca terjadikan penyakit gout adalah kerana memakan makanan dari sumber kekacang/protein. Gout dikatakan terjadi apabila pengambilan makanan yang tinggi protien dan menyebabkan urik asid meningkat dengan banyak. Jadi, mengapakah saya mengatakan pesakit gout boleh mengambil ESP sedangkan ESP adalah berasaskan soya atau lebih tepat lagi dari sumber kekacang??


testimoni pengguna : 

Bapa mertua saya pesakit gout sejak dari tahun 1998 kalau tak silap. Tapi sejak mengenali Shaklee 15 tahun dulu, beliau memang amalkan minum ESP waktu pagi dan malam sebelum tidur. Pernah saya sendiri bertanya kepada beliau adakah boleh sebenarnya pesakit gout amalkan protien sedangkan kita selalu digembar gemburkan kekacang tak boleh diambil oleh pesakit gout.

credit : Kak N

mengapakah beliau masih mengambil ESP walaupun ramai yang menyatakan pesakit gout tidak boleh mengambil soya/kekacang?

  • ESP Shaklee mengandungi 9 amino asid yang diperlukan oleh badan. amino asid ini adalah makanan sel. ia membantu menghasilkan sel yang sihat dan memperbaiki sel tisu yang rosak. apabila sel kita sihat, tubuh juga akan menjadi sihat. berilah sel anda makan protein dari sumber yng baik seperti ESP..InsyaAllah
  •  9 amino asid perlu ini tidak boleh dibuat oleh badan dan perlu diambil dari luar.
  •  amat sukar untuk kita pastikan kita mendapat cukup 9 essential asid amino ini, maka pengambilan supplement sangat membantu.
  • Banyak protien yang berada dalam pasaran tidak lengkap dengan 9 essential amino asid ini. 

sebab itulah bapa mertua beliau yang merupakan pesakit gout tapi masih mengamalkan ESP sejak sekian lama.

Apakah 9 jenis asid amino itu?

refer gambar ye.


gout terjadi kerana sel-sel tubuh kita tidak sihat. dengan memberikan sel kita makanan yang baik (sel kita makan protein), insyaAllah membantu tubuh kita menghasilkan sel yang sihat. apabila sel sihat, secara tak langsung, tubuh kita juga akan menjadi sihat..InsyaAllah.

Saya berharap agar penerangan serba ringkas ini dapat membantu mereka yang menghidap gout dan masih ragu-ragu untuk mengambil ESP kerana mereka yang menghidapi penyakit gout atau arthritis masih boleh mengambil ESP tapi dalam kuantiti terkawal.

sharing is caring
 hubungi 
 HAWA
0134076351
ID: 915471

Kriteria Memilih Soya yang Baik

DISCLAIMER

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Kriteria Memilih Soya yang Baik

Terdapat isu tentang kacang soya yang dikatakan berbahaya dan boleh menyebabkan kanser. tahukah anda, sesuatu bahan itu akan jadi bahaya hanya apabila ia telah diubah secara genetik. jika ia semulajadi, InsyaAllah tiada masalah. terdapat kajian yang dijalankan tentang soya terhadap individu-individu yang menghidap kanser. Hasil daripada kajian tersebut, apabila soya yang berkualiti tinggi dan semulajadi(tidak diubah genetiknya) diberikan kepada penghidapr kanser secara konsisten, pertumbuhan kanser terbantut sebanyak 35% dan mengurangkan risiko mereka daripada mati akibat kanser.

7 kriteria memilih soya yang selamat:

1. kacang soya itu sendiri mesti tumbuh dan membesar secara organik. MEngapa? Berdasarkan kajian, soya bukan organik (secara kimia) akan menyebabkan nutrisi makanan yang terdapat dalam soya berkurangan. Dan terbukti dari segi kajian terdapat hubungkait antara kanser dan nitrates(yang wujud dr penanaman secara kimia). jadi, amatlah penting bahan, bahan kimia seperti pesticides, fungicides dan herbicides tidak digunakan di sepanjang proses pembesaran soya.

2. kacang soya tersebut mestilah NON-GMO( non-genetically modified). maknanya ia tidak diubah genetiknya. MEngapa?? secara umum, kos pengahasilan kacang soya dari jenis GMO(yg diubah genetik) adalah murah, mudah dan cepat. kebanyakan syarikat akan mencari cara untuk menjimatkan kos. jadi pilihan mereka semestinya soya GMO. Kenyataan daripada Brazilian Government Scientist, Dr. Louis J. Pribyl, berdasarkan kajian yang dijalankan, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru di masukkan kedalam sel tumbuhan.

3. Protein soya tersebut mestilah mengandungi 9 asid amino perlu. Ini adalah salah satu ciri yang amat penting. tahukah anda?? badan kita amat-amat memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menhasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, enzim dan lain-lain. Jika 1 asid amino ini tiada/tidak dapat dibekalkan ke tubuh, sistem imun kita boleh berkurang sebanyak 30%. dan juga banyak fungsi tubuh yang penting boleh terganggu atau terhenti.

4. Dalam proses pembuatan soy isolate, kacang soyang tersebut mestilah dibasuh dengan air. bukan dibasuh dengan alkohol. Jika dicuci dengan alkohol, kandungan isoflavone akan termusnah sehingga 88%. isoflavone tu apa?? isoflavone ni satu ingredient yang diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser seperti kanser paru-paru dan lain-lain. isoflavones juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang (tulang lebih mampat)

5. Bahan anti-thyroid / anti-growth substance mesti disingkirkan.untuk makluman anda, soya mentah mengandungi "änti-growth" dan "anti-tyrosine"substance.Carilah produk yang menggunakan proses pengekstrakan bersuhu rendah yang mampu menyingkirkan kedua-dua bahan ini tapi masih mengekalkan komposisi soya mentah supaya kandungan asid amino dan isoflavones yg tinggi dapat dikekalkan kerana kedua-duanya sangat sensitif kepada suhu tinggi.

6. Proses pembuatan protein soya sebaiknya adalah tanpa pemanasan. asid amino adalah komponen yang sangat sensitif pada suhu yang panas. dalam kajian yang dijalankan, protein yang dimasak menunjukkan terdapat kemusnahan sekurang-kurangnya 50% kepada sebahagian amino asid perlu. jika individu tersebut secara berterusan mengambil pemakanan yang kekurangan amino asid perlu, akan berlaku gangguan terhadapat perkembangan otak dan gangguan hormon dalam tubuh. dan juga tidak mustahil berlakunya pertumbuhan tisu baru dalam tubuh

7. soy isolate tersebut mestilah ditambah dengan unsur kalsium. Mengapa agak-agaknya ye??? Kajian yang dijalankan melaporkan bahawa serbuk soya yang terhasil adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Oleh yang demikian, unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah ke dalam soy protein itu untuk meneutralkan semula serbuk soya tersebut. dan kebanyakan pengusaha/pengeluar protein tidak menambah cukup kalsium ke dalam serbuk soya keluaran mereka.


Jika anda baca dan fahamkan betul-betul, takut rasanya nak ambil kebanyakan produk soya yang ada dekat pasaran sekarang. Wallahualam.

Namun Begitu, Di Shaklee, terdapat produk soya yang dinamakan ESP-soy protein isolate powder. Kami selalu menggelar ia "berharga"kerana ia memenuhi kesemua kriteria pemilihan soya yang selamat di atas.
 Alhamdulillah.



Buatlah pilihan yang tepat. Pilihlah Soya Premium demi kesihatan jangkamasa panjang

Untuk Maklumat lanjut, 
boleh hubungi saya,

Hawa 
013-4076351

Vitamin Kanak-kanak

Vitamin Kanak-Kanak

Apabila anak-anak demam dan selsema, ibu bapa mesti risau, kan? Walau ia dianggap biasa, namun jangan pandang ringan masalah ini tambah-tambah lagi jika umur anak anda bawah enam tahun. Bawalah berjumpa Dr anda jika demam berlarutan sehingga tiga hari.Berhati-hati jugak jika suhu badannya terlalu tinggi (melebihi  38°C), si anak boleh diserang sawan dan boleh memudaratkan. Segeralah bawa anak ke klinik / hospital berdekatan anda. Dan salah satu cara lagi untuk membantu meningkatkan antibodi mereka adalah dengan membekalkan vitamin kanak-kanak supaya mereka susah untuk dijangkiti demam, batuk  dan selsema.

Macamana demam ni boleh terjadi?


Suhu badan yang normal adalah 37°C (98°F). Seseorang itu boleh dianggap demam jika suhu badannya melebihi 37°c.Demam akan berlaku jika terdapat jangkitan kuman sama ada bakteria atau virus atau penyakit-penyakit lain yang berinteraksi dengan sistem ketahanan badan.
  • Demam biasa pula bermakna suhu kita meningkat lebih daripada 37°C tetapi tidak melebihi 38°C. Demam biasa akan pulih dalam masa dua, tiga hari sahaja.

  • Demam panas pula terjadi apabila suhu melebihi 38°C dan berlarutan lebih lama – selalunya disertai simptom-simptom lain seperti batuk dan selesema.


Untuk ibu-ibu penyayang sekalian, saya cadangkan anda untuk memberi anak anda Mealshake dan Omegaguard sebagai suplemen @ vitamin kanak-kanak untuk meningkatkan antibodi si kecil anda. Dengan keadaan cuaca yang tak menentu kejap hujan, kejap panas, berjerebu, kanak-kanak yang kurang kuat antibodinya sangat mudah diserang penyakit terutamanya demam, batuk dan selsema. Jika kanak-kanak tersebut mempunyai asma mereka mungkin akan mengalami gejala yang lebih teruk.


Daripada pengalaman saya, kanak-kanak yang mengambil suplemen tambahan @ vitamin kanak-kanak sangat jarang terkena demam, selsema dan batuk. Jika mereka terkena pun, insyaAllah cepat recover. InsyaAllah dan Alhamdulillah.




Makanan Seimbang Untuk Kanak-kanak : selalu tidak sihat, demam, sembelit, kurang selera makan

Makanan Seimbang Untuk Kanak-kanak : selalu tidak sihat, demam, sembelit, kurang selera makan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

---
"Saya hantar anak saya ke nursery dan taska. nak buat macamana..saya kerja.. kena hantar la jugak...Saya susah hati apabila anak saya sering demam, selsema, batuk. baru aje baik..tak lama lepas tu kena balik. kesian sy tengok."
---
"anak saya ni..kurus aje... makan tak berapa nak..main2 banyak. susah sangat nak panggil makan. macamana ye nak buat kak??"
---
"ädoilaa...akak...tlg saya..anak saya..bila membuang je..mesti sembelit.. tak tau nk buat cemana lagi dah ni.."
---

ayat-ayat di atas adalah ayat-ayat dari pelanggan saya..bertanyakan..apakah suplemen yang boleh membantu anak-anak mereka. Rata-rata ibu2 yang bertanya adalah kerana anak mereka sering tidak sihat, selalu demam, selsema, batuk secara kerap. ramai juga yang mencari suplemen kerana anak mereka mengalami sembelit dan tidak suka atau memilih makanan.

Jawapan saya : berilah mealshake kepada mereka. kerana apa??
Kerana Shaklee Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anda 

tahukah anda??
anak2 yg sering tidak sihat, selalu demam, selsema, batuk.. sembelit dan tiada selera makan adalah kerana tubuh mereka kekurangan nutrisi. selain daripada itu..imun sistem mereka juga lemah. kita berikan multivitamin, protein dan fiber (mealshake membekalkan kesemua nutrisi) kepada mereka..InsyaAllah..mereka akan menjadi lebih sihat, bersemangat, mudah belajar.





*Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun ke atas dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.

Untuk maklumat lanjut, saya boleh dihubungi di:
013-4076351
genius_hazu@yahoo.com
FB : Hawa Rashid

Vitamin Untuk Antioksidan (ACE)

DISCLAIMER

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"



VITAMIN UNTUK ANTIOKSIDAN ( ACE )


Apakah sebenarnya antioksidan dan apa kaitannya dengan radikal bebas?



Antioksidan merupakan nutrisi yang terkandung didalam makanan yang dapat mencegah atau memperlambat kerosakan oksidatif pada tubuh kita. Ketika sel tubuh menggunakan oksigen, secara semulajadi  sel-sel tersebut menghasilkan radikal bebas yang dapat menyebabkan kerosakan yang akhirnya mendorong berlakunya kanser.



 Apa kelebihan dari Antioksidan? 




Antioksidan adalah nutrisi semulajadi yang terdapat dalam buah-buahan dan sayuran tertentu, dan telah terbukti dapat melindungi sel-sel manusia dari kerosakan oksidatif dan memberikan banyak kebaikan kepada kita seperti:


•    Menguatkan ketahanan tubuh agar tahan terhadap flu, virus, dan infeksi.

•    Mengurangkan kejadian semua jenis kanser.

•    Mencegah terjadinya glaukoma

•    Mengurangkan risiko terhadap oksidasi kolestrol dan penyakit jantung.

•    Anti-penuaan dari sel dan keseluruhan tubuh. 



Dari mana anda boleh dapatkan Antioksidan? 



•    Vitamin A : Vitamin yang larut dalam lemak ini diperlukan dalam pembentukan tulang, pencernaan, dan kesihatan mata. selain itu, ia juga dapat membantu dalam sistem ketahanan tubuh dan kulit. Makanan yang kaya  vitamin A ialah hati, aprikot, mangga, jambu batu, betik, susu, yogurt, dan kuning telur.

•    Vitamin C : vitamin merupakan pembersih radikal bebas yang berada di dalam suatu lingkungan yang berair, seperti didalam sel. Vitamin C bekerja secara rapat dengan vitamin E untuk menghilangkan radikal bebas. Vitamin C banyak ditemui di dalam limau, strawberry, tomato, paprika hijau, brokoli, dan sayuran berdaun hijau.



•    Vitamin E : Vitamin yang juga larut dalam lemak ini memelihara membran sel (yang sebagian besar terdiri dari asam lemak) dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Fungsi lain dari vitamin E adalah melindungi lemak di dalam LDL (kolestrol  jahat) dari proses oksidasi. Kacang, biji-bijian, sayuran berdaun hijau, minyak sayur, merupakan makanan yang kaya akan vitamin E.


berbanding suatu masa dahulu, kini kita perlukan lebih perlindungan antioksidan. pencemaran, pendedahan kepada cahaya matahari, tekanan dan gaya hidup tidak sihat menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan DNA dalam tubuh. antioksidan dapat melindungi sel akibat daripada radikal bebas ini.

Di Shaklee, kami menawarkan suplemen / vitamin antioksidan yang kuat untuk melawan radikal bebas dan meningkatkan perlindungan badan. selain itu, ia membantu menguatkan sistem imun, menjadikan kita lebih awet muda dan meningkatkan tahap kesihatan.






Hubungi :

Hawa
0134076351